S Y

Foto Saya
W e l c o m e to 17 Sri Kenanga . U re ntered 17 S K cyberzone

Sabtu, Julai 31, 2010






















PENUBUHAN PUSAT KOMUNITI WANITA YANG PERTAMA AKAN DI TUBUHKAN TAK LAMA LAGI. SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SILA HUBUNGI PN. SAIRA DI TALIAN 0122 223 7036. PELBAGAI PROGRAM YANG MENARIK PASTI MEMUKAU.. DAFTAR JGN TAK DAFTAR...
** SILA UNDI 1 2 3 ATAU 4 UNTUK LOGO DIATAS.




Khamis, April 02, 2009

Sabtu, Mac 28, 2009

sekitar kejohanan FUTSAL 17






















Gambar sekitar kejohanan






Futsal






Piala Yb. Rodziah..






























Ting...

Jumaat, Mac 20, 2009

Rabu, Februari 18, 2009

Futsal weiii..


Ting...


mari mari marii

Khamis, Januari 22, 2009

Notis perjumpaan bersama YB,

Ting...

Notis perjumpaan bersama YB,

Satu perjumpaan bersama YB Pn Rodziah Ismail akan diadakan masa dan waktu seperti berikut:

Hari : jumaat
masa 7:00mlm
bertempat di dewan meranti 19/3, seksyen 19,

Semua ajk & Amk di jemput hadir.

Sekian harap maklum

AJ

Sabtu, Januari 17, 2009

Tahniah diatas kemenangan Pas di terengganu

Ting...

Tahniah diatas kemenangan Pas di terengganu....

Petunjuk Kuala Terengganu: Nazak BN menjelang ajal
Zulkifli Yahaya
Hanya meletakkan mucung pistol di kepala pengundi saja yang tidak dibuat oleh BN. Selain itu, apa lagi yang tidak dilakukan oleh mereka dalam usaha memenangkan calonnya di Kuala Terengganu? Umpan sudah, ugut pun sudah.

Semua menteri membawa sekali kementeriannya berkampung di Kuala Terengganu. Bajet kementerian Pusat turun untuk setiap daerah mengundi! Bukankah gila namanya? Media arus perdana usah dikira lagi peranannya.
Di bawah bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46, Datuk Ahmad Shabery Cheek, RTM berkempen untuk BN sehingga 24 jam. Berdasarkan semua strategi yang digunakan itu, mengikut hukum akalnya, lawan BN sepatutnya hilang deposit.
Ditakdirkan Allah SWT BN kalah juga. Lebih teruk lagi kerana mereka hilang kerusi yang mereka menangi pada Mac 2008 lalu.
Bergelut dengan nazak
Pelbagai ulasan dari pelbagai individu dan pihak diberikan. Ada ulasan bernilai akademik dan ada juga ulasan sekadar untuk melepas geram kepada individu tertentu. Dalam 1001 sebab diberikan terhadap kekalahan BN, tidak ada yang mengulas bahawa hakikat sebenarnya BN sedang bergelut dalam nafas nazak menjelang ajalnya.
Di atas dunia yang fana ini setiap yang hidup akan merasai mati. Hukum itu bukan untuk makhluk bernyawa seperti haiwan atau manusia saja. Kerajaan yang memerintah pun sama. Mereka ada ajalnya. Tidak ada sebuah kekuasaan yang bertahan seusia kewujudan manusia di atas muka bumi ini. Semua tamadun silam pernah gemilang dan pernah hilang.
Parti politik yang memerintah dalam sistem demokrasi pun begitu. Dalam catatan sejarah moden, parti politik yang lama memerintah sejak merdeka ialah National Revolutionary Party (NRP) di Mexico kemudian bertukar nama kepada Institutional Revolutionary Party (IRP). Selepas 60 tahun memerintah, IRP tumbang pada tahun 1989 kepada parti Baja California.
Liberal Democration Parti (LDP) walaupun lama memerintah di Jepun, hakikatnya ia bukan parti LDP yang asal kerana berpecah dan menjadi serpihan beberapa kali.
Kira-kira sekarang ini, rekod parti politik yang memerintah paling lama sejak merdeka dalam sebuah negara demokrasi dipegang oleh BN (dulunya Perikatan) di Malaysia.
Apabila Musa Hitam mengibaratkan Umno yang mendominasi BN sedang mengalami 'sakit tua' maka ia adalah satu istilah yang sangat tepat sekali. Sakit tua adalah sakit selepas terlalu lama hidup, menunggu detik-detik kematian. Berkurunglah dalam wad ICU dengan berpuluh sambungan wayar penyokong hayat, sampai masa maut menyusul jua.
Jika percaman orang tua-tua terhadap pesakit tua menjelang ajalnya selalunya betul, lalu menganjur majlis bacaan Yaasin, maka demikianlah percaman orang tua bernama Musa Hitam terhadap Umno. Ia sukar untuk disangkal.
Bagi ahli-ahli Umno, bermula dari pucuk pimpinan hinggalah ke ahli biasa, jika mahu sentiasa menjadi pihak yang menang maka sekaranglah masanya untuk mereka berhijrah menyertai parti-parti Pakatan Rakyat. Tidak ada sebab untuk mereka terus kekal dalam sebuah bahtera yang sudah bocor dan sedang karam perlahan-lahan macam kapal Titanic.
Bangkit dengan kekuatan sendiri
Bagi Pakatan Rakyat, ia wajar bangkit dengan kekuatan sendiri, bukannya kerana kelemahan musuh. Buat pertama kalinya pemimpin utama kerajaan dari lima buah negeri Pakatan bersidang di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, Alor Setar, lalu mengeluarkan Pengisytiharan Mentaloon yang mengesahkan pemantapan kerjasama antara negeri, terutama dalam menghadapi kerenah Pusat.
Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, majlis tersebut mempunyai bidang tugas untuk menjalankan agenda Pakatan Rakyat serta akan menyelaraskan program dan aktiviti selain mengurangkan perbezaan pendapatan antara kerajaan Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, melalui majlis itu keanggotaan dapat berkongsi maklumat dari segi kejayaan, pencapaian pelaksanaan pengurusan negeri dan juga masalah-masalah dari segi pentadbiran sekali gus menuju kepada satu taraf pengurusan negeri yang lebih mantap.
Sementara itu, ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan, Dato? Seri Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng turut bersemuka membincangkan agenda Pakatan. Sudah tentulah pertemuan seperti ini sangat menakutkan BN.
Pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu adalah pilihan raya yang dihadapi melalui persepakatan langsung PAS, KeADILan dan DAP. Sedang pilihan raya umum 2008 dulu pun, persepakatan rasmi seperti ini belum wujud.
Bermakna jika Pakatan terus mantap sehingga pilihan raya umum ke-13, Najib dan konco-konconya sudah boleh mencongak negara mana mereka hendak bermastautin selepas Malaysia. _

Rabu, Januari 14, 2009

Selamat Berlepas..

Ting...

Pada 15/1/2009 ketua kita En Ajah Maidien telah berlepas ke Pataya untuk mencari peluang kerjasama antara 2 hala. Rombongan selama 3 hari itu diharap ini akan dapat memparkasakan serta memantapkan hubungan 2 hala disamping jalinan ekonomi yang stabil.

sebarang urusan online bole Ym ke Aja17amk@yahoo.com

Dijemput pada18/1/2009 beramai-ramai menyambut kepulangan beliau.. (Dapat kechain sorang satu.)

-Kirim Lewis Thai grade A" :p

~cEpul Kapar~

Ahad, Januari 11, 2009

Mari Berkempen ke Ganu

Ting...

Sesiapa yang ingin menyertai rombongan ke terengganu sila hubungi saudara Yaakop..
pengangkutan disediakan..

Makan Sendiri la...
cepat tempat terhad..

Sabtu, Januari 10, 2009

Mesyuarat No 2

Ting...

satu mesyuarat cawangan akan diadakan pada 14/1/2009.
kepada semua ahli /ajk diminta hadir

p/s bawak la profile ke pojek ke.. kueh2 ke...

sekian,

Jumaat, Januari 09, 2009

Program keusahawanan 2009!!

Ting...

Satu program keusahawanan E-niaga akan diadakan pada bulan febuari ini. sesiapa yang berminat bolehlah hubungi En. Yaakop atau En Rahim Sahar. Konsep perniagaan ini lebih kepada perniagaan Jualan Melalui internet. Pelbagai barangan jualan akan di ketengahkan meliputi pelbagai jenig.. Keterangan lanjut sila hubungi en AJah atau nama tertera di atas
Sekian terima kasih..

AJAAJA

Majlis -Pra Suai Kenal

Ting...


Satu perjumpaan suai kenal antara Ahli Organisasi cawangan PKR seksyen 17 akan diadakan pada 14 fabuari 2009 bertempat di dewan serbanguna seksyen17.
Segala cadangan boleh lah di usulkan.
Semua Ajk diwajibka hadir.

Sekian terima kasih.

RAHIM SAHAR

Khamis, Januari 08, 2009

Rabu, Januari 07, 2009

Analisis Hari Penamaan Calon: BN terima tamparan hebat

Analisis Hari Penamaan Calon: BN terima tamparan hebat

KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Hrkh) -"Adik ipar kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail, mengiringi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut."


Banyak pihak menjadikan hari pertama atau pengalaman pertama sebagai pedoman mengatur sesuatu langkah atau tindakan seterusnya. Apa-apa yang berlaku atau dihadapi pada permulaan juga sering dijadikan petanda awal yang membantu seseorang mengandaikan apa yang bakal berlaku kemudiannya.
Di atas kepercayaan itu, calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Salleh, pantas menganggap kedudukan namanya di susunan nombor satu dalam kertas undi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari nanti suatu petanda yang positif.
"Saya harap susunan nombor satu itu akan beri satu petanda awal yang baik," katanya, seraya mengharapkan nombor ajaib itu akan membawa tuah kepadanya di hari pembuangan undi nanti.
Tidak dapat dipastikan apakah nombor satu itu memang bertuah atau tidak. Sebabnya, lain orang lain tanggapannya terhadap nombor atau susunan.
Kita tentu masih ingat bagaimana calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, akhir Ogos lalu, pernah menganggap nombor tiga sebagai angka bertuah. Angka itu dikaitkan pula dengan kepercayaan masyarakat Cina yang mendakwa ia ada unsur positif. Namun, kita semua tahu nombor yang dianggap bertuah itu akhirnya tidak membuahkan tuah sebenar kepada BN di Permatang Pauh.
Sebenarnya, jika petanda awal mahu dijadikan sandaran kepada kejayaan bakal diperolehi mana-mana pihak bertanding, maka PAS boleh mendakwa petanda lebih positif memihak kepada parti itu.
Petanda itu malah sudah dapat dilihat sejak beberapa ketika sebelum penamaan calon lagi. Perbezaan ketara antara jumlah hadirin ke majlis pengumuman calon BN berbanding majlis serupa yang diadakan Pas adalah ibarat langit dengan bumi. Perkara itu sudah lama menjadi bahan perbualan masyarakat umum.
Di hari penamaan calon, 6 Januari, perbezaan itu turut terserlah. Sepanjang jalan masuk ke pusat bandaraya Kuala Terengganu, kenderaan-kenderaan dinaiki para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat agak ketara mengatasi jumlah dinaiki penyokong BN.
Tanda pengenalan yang dibawa mereka, sama ada bendera, topi dan kopiah, lencana mahu pun baju dan t-shirt yang mereka pakai memudahkan pengenalpastian dibuat tentang kecenderungan politik masing-masing.
Kesungguhan para penyokong PAS untuk ikut serta ke pusat penamaan calon di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud, juga amat terasa. Sebahagian mereka telah pun bermalam di sekitar Kuala Terengganu pada malam sebelumnya.
Ada yang bertolak seawal jam 5 pagi dari kampung masing-masing bagi memastikan sempat tiba ke situ sebelum jam 7.30 pagi. Ada servis mesej singkat (sms) disebarkan meminta mereka hadir pada ketika di surau sebuah taman perumahan di Jalan Pusara, kira-kira tiga kilometer dari pusat penamaan calon. Satu solat hajat dijadualkan di situ sebelum perarakan dimulakan.
Ada yang tidak punya kenderaan sendiri tetap juga tidak mahu melepaskan peluang turut serta berarak. Mereka terpaksa berharap kepada kenderaan awam. Soal belanja sendiri sudah barang tentu. Kelompok demi kelompok lelaki berketayap dan wanita bertudung menunggu bas dan teksi di sepanjang jalan menuju pusat bandar Kuala Terengganu menggambar segala-galanyamengenai kesungguhan dan komitmen mereka. Apakah mereka itu penyokong BN? Fikir dan jawab sendiri lah!
Di sekitar pusat penamaan calon, kesungguhan para penyokong kedua-dua pihak memuncak. Menurut tinjauan beberapa rakan di kedua-dua belah pihak, jumlah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat agak ketara mengatasi jumlah di seberang sana.
Akhbar Berita Harian, 7 Januari menganggarkan sejumlah 25,000 penyokong kedua-dua pihak menyertai perarakan calon. Akhbar Utusan Malaysia dalam melaporkan peristiwa sama meletakkan angka 10,000 di pihak penyokong BN.
Selalunya Utusan Malaysia tidak akan meletakkan angka yang merugikan BN. Itu kita sudah maklum. Maka sering disebut orang, kalau akhbar itu kata 10,000 orang itu, mungkin jumlah sebenarnya hanya 5,000 ke 8,000 saja.
Jika jumlah keseluruhan 25,000 disebut Berita Harian tadi diambilkira, dan jumlah penyokong BN 10,000 oang disebut Utusan Malaysia itu dibaca bersekali, maka kita dapat mengatakan baki 15,000 adalah penyokong PR. Bukankah itu petanda awal yang positif bagi PAS?
Namun, apa yang berlaku di dalam pusat penamaan calon jauh lebih mencabar dan memalukan BN. Ada sekurang-kurangnya dua kejadian yang disifatkan amat mengejutkan BN pada hari itu.
Pertama, kemunculan adik ipar kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail, iaitu Md Azmi Lop Yusof mengiringi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. Md Azmi adalah adik kepada isteri Allahyarham Razali, To?Puan Noraini. Beliau juga bekas wakil rakyat PAS bagi Dun Bandar, pada pilihan raya 1999.
Isu di sini bukannya sola komitmen Md Azmi terhadap partinya, PAS. Apa yang agak memalukan BN ialah kerana sebelum ini ia mendakwa telah dapat menjamin dan memastikan sokongan bulat daripada keluarga Allahyarham Razali kepada BN.
Faktor sokongan peribadi anggota keluarga isteri beliau, yang kebanyakannya penyokong PAS, dikatakan antara faktor membantu kemenangan Razali, Mac lalu.
Belum pun gangguan perasaan calon BN terubat dengan kelibat Md Azmi sebagai penyokong borang pencalonan Mohd Abdul Wahid, tamparan kedua pula menyusul. Kehadiran Harun @ Abdul Rahman Mohamad, yang sebelum ini disebut-sebut akan mewakili parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dalam pilihan raya ini, turut tidak membantu BN.
Harun bukan sahaja tidak meneruskan hasratnya menyertai pertandingan, bahkan secara terbuka mengisytiharkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap calon PAS. Maka, orang yang diharap dapat mencuri undi daripada Pas akhirnya menjadi tamparan pula buat BN.
Justeru, jika kita mahu berpedomankan petanda awal sebagai alamat baik-buruk sesuatu, maka tamparan demi tamparan diterima BN di hari penamaan calon bagai mengisyaratkan bahawa kemenangan dan kejayaan tidak memihak kepada parti itu, 17 Januari nanti. - azm_

Ting...

Boikot barangan Amerika,Israel besar-besaran

Boikot barangan Amerika,Israel besar-besaran
Nyza Ayob Wed Jan 07, 09
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Hrkh)
- Sebagai tanda bantahan dan kecaman terhadap Israel, Lajnah Dakwah dan Pembela Islam, Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen boikot produk Amerika dan jaringan Israel secara besar-besaran.



Menurut pengerusi lajnah tersebut, Ustaz Riduan Mohd Nor, kempen tersebut akan dilancarkan pada 9 Januari ini di setiap peringkat Dewan Pemuda PAS negeri.
Katanya, sepanjang kempen tersebut, poster serta risalah akan diedarkan sepanjang kempen tersebut bagi mengajak masyarakat khusunya umat Islam bagi memboikot produk jaringan Israel.
Jelas Riduan, antara produk jaringan Israel yang perlu di pulaukan oleh umat masyarakat ialah barangan keluaran Mark and Spencer, Loreal, pasar raya Tesco, restoran makanan segera McDonalds dan KFC dan Nestle.
"Pemuda Pusat menyahut seruan gerakan Islam sedunia untuk memboikot produk-produk ini. Setiap sen yang kita belanjakan, seolah-olah untuk membunuh saudara kita di Palestin. Sepanjang kempen tersebut, kita akan memupuk kesadaran kepada umat Islam akan betapa pentingnya kita memboikot daripada membeli barangan tersebut.
"Boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily.
Dalam pada itu katanya, Lajnah Dakwah dan Pembela Islam turut mengecam sikap kerajaan Mesir yang telah mengkhianati orang Islam di Palestin sejak sekian lama dan antara punca serangan disebabkan mendapat sokongan daripada Mesir.
Jelas Riduan lagi, berdasarkan pengalamannya yang berada di United Kingdom beberapa hari yang lalu, demonstrasi bantahan dijalankan setiap hari serta kempen boikot produk Israel dan Amerika diadakan secara besar-besaran bagi membela nasib umat di Palestin. - mks._
Ting...

Ahad, Januari 04, 2009

Sukan Rakyat 2009
















Bertempat di dewan seksyen 19, satu sukan rakyat telah diadakan bagi memperkayakan lagi raykat shah alam agar lebih cergas dan berdaya maju.





Sumbangan Kembali Ke Sekolah

Satu sumbangan Kembali ke sekolah Oleh Yb. P Rodziah Ismail telah di sampaikan kepada anak-anak warga sri kenanga yang kurang upaya, anak yatim, dan mereka yang memerlukan bantuan. Sumbangan ini telah disampaikan dari rumah kerumah yang telah disampaikan Oleh En Ajah, Pn Aishah serta beberapa exco kebajikan.

Bagi sesiapa yang ingin mendaftar bolehlah berhubung dengan MPP zon 6 atau berhubung dengan En Yaakop bagi urusan pendaftaran serta pertanyaan. (Yaakop Wira Hitam)