Powered By Blogger

S Y

Foto saya
W e l c o m e to 17 Sri Kenanga . U re ntered 17 S K cyberzone

Rabu, Januari 07, 2009

Analisis Hari Penamaan Calon: BN terima tamparan hebat

Analisis Hari Penamaan Calon: BN terima tamparan hebat

KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Hrkh) -"Adik ipar kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail, mengiringi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut."


Banyak pihak menjadikan hari pertama atau pengalaman pertama sebagai pedoman mengatur sesuatu langkah atau tindakan seterusnya. Apa-apa yang berlaku atau dihadapi pada permulaan juga sering dijadikan petanda awal yang membantu seseorang mengandaikan apa yang bakal berlaku kemudiannya.
Di atas kepercayaan itu, calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Salleh, pantas menganggap kedudukan namanya di susunan nombor satu dalam kertas undi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari nanti suatu petanda yang positif.
"Saya harap susunan nombor satu itu akan beri satu petanda awal yang baik," katanya, seraya mengharapkan nombor ajaib itu akan membawa tuah kepadanya di hari pembuangan undi nanti.
Tidak dapat dipastikan apakah nombor satu itu memang bertuah atau tidak. Sebabnya, lain orang lain tanggapannya terhadap nombor atau susunan.
Kita tentu masih ingat bagaimana calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, akhir Ogos lalu, pernah menganggap nombor tiga sebagai angka bertuah. Angka itu dikaitkan pula dengan kepercayaan masyarakat Cina yang mendakwa ia ada unsur positif. Namun, kita semua tahu nombor yang dianggap bertuah itu akhirnya tidak membuahkan tuah sebenar kepada BN di Permatang Pauh.
Sebenarnya, jika petanda awal mahu dijadikan sandaran kepada kejayaan bakal diperolehi mana-mana pihak bertanding, maka PAS boleh mendakwa petanda lebih positif memihak kepada parti itu.
Petanda itu malah sudah dapat dilihat sejak beberapa ketika sebelum penamaan calon lagi. Perbezaan ketara antara jumlah hadirin ke majlis pengumuman calon BN berbanding majlis serupa yang diadakan Pas adalah ibarat langit dengan bumi. Perkara itu sudah lama menjadi bahan perbualan masyarakat umum.
Di hari penamaan calon, 6 Januari, perbezaan itu turut terserlah. Sepanjang jalan masuk ke pusat bandaraya Kuala Terengganu, kenderaan-kenderaan dinaiki para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat agak ketara mengatasi jumlah dinaiki penyokong BN.
Tanda pengenalan yang dibawa mereka, sama ada bendera, topi dan kopiah, lencana mahu pun baju dan t-shirt yang mereka pakai memudahkan pengenalpastian dibuat tentang kecenderungan politik masing-masing.
Kesungguhan para penyokong PAS untuk ikut serta ke pusat penamaan calon di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud, juga amat terasa. Sebahagian mereka telah pun bermalam di sekitar Kuala Terengganu pada malam sebelumnya.
Ada yang bertolak seawal jam 5 pagi dari kampung masing-masing bagi memastikan sempat tiba ke situ sebelum jam 7.30 pagi. Ada servis mesej singkat (sms) disebarkan meminta mereka hadir pada ketika di surau sebuah taman perumahan di Jalan Pusara, kira-kira tiga kilometer dari pusat penamaan calon. Satu solat hajat dijadualkan di situ sebelum perarakan dimulakan.
Ada yang tidak punya kenderaan sendiri tetap juga tidak mahu melepaskan peluang turut serta berarak. Mereka terpaksa berharap kepada kenderaan awam. Soal belanja sendiri sudah barang tentu. Kelompok demi kelompok lelaki berketayap dan wanita bertudung menunggu bas dan teksi di sepanjang jalan menuju pusat bandar Kuala Terengganu menggambar segala-galanyamengenai kesungguhan dan komitmen mereka. Apakah mereka itu penyokong BN? Fikir dan jawab sendiri lah!
Di sekitar pusat penamaan calon, kesungguhan para penyokong kedua-dua pihak memuncak. Menurut tinjauan beberapa rakan di kedua-dua belah pihak, jumlah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat agak ketara mengatasi jumlah di seberang sana.
Akhbar Berita Harian, 7 Januari menganggarkan sejumlah 25,000 penyokong kedua-dua pihak menyertai perarakan calon. Akhbar Utusan Malaysia dalam melaporkan peristiwa sama meletakkan angka 10,000 di pihak penyokong BN.
Selalunya Utusan Malaysia tidak akan meletakkan angka yang merugikan BN. Itu kita sudah maklum. Maka sering disebut orang, kalau akhbar itu kata 10,000 orang itu, mungkin jumlah sebenarnya hanya 5,000 ke 8,000 saja.
Jika jumlah keseluruhan 25,000 disebut Berita Harian tadi diambilkira, dan jumlah penyokong BN 10,000 oang disebut Utusan Malaysia itu dibaca bersekali, maka kita dapat mengatakan baki 15,000 adalah penyokong PR. Bukankah itu petanda awal yang positif bagi PAS?
Namun, apa yang berlaku di dalam pusat penamaan calon jauh lebih mencabar dan memalukan BN. Ada sekurang-kurangnya dua kejadian yang disifatkan amat mengejutkan BN pada hari itu.
Pertama, kemunculan adik ipar kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail, iaitu Md Azmi Lop Yusof mengiringi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. Md Azmi adalah adik kepada isteri Allahyarham Razali, To?Puan Noraini. Beliau juga bekas wakil rakyat PAS bagi Dun Bandar, pada pilihan raya 1999.
Isu di sini bukannya sola komitmen Md Azmi terhadap partinya, PAS. Apa yang agak memalukan BN ialah kerana sebelum ini ia mendakwa telah dapat menjamin dan memastikan sokongan bulat daripada keluarga Allahyarham Razali kepada BN.
Faktor sokongan peribadi anggota keluarga isteri beliau, yang kebanyakannya penyokong PAS, dikatakan antara faktor membantu kemenangan Razali, Mac lalu.
Belum pun gangguan perasaan calon BN terubat dengan kelibat Md Azmi sebagai penyokong borang pencalonan Mohd Abdul Wahid, tamparan kedua pula menyusul. Kehadiran Harun @ Abdul Rahman Mohamad, yang sebelum ini disebut-sebut akan mewakili parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dalam pilihan raya ini, turut tidak membantu BN.
Harun bukan sahaja tidak meneruskan hasratnya menyertai pertandingan, bahkan secara terbuka mengisytiharkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap calon PAS. Maka, orang yang diharap dapat mencuri undi daripada Pas akhirnya menjadi tamparan pula buat BN.
Justeru, jika kita mahu berpedomankan petanda awal sebagai alamat baik-buruk sesuatu, maka tamparan demi tamparan diterima BN di hari penamaan calon bagai mengisyaratkan bahawa kemenangan dan kejayaan tidak memihak kepada parti itu, 17 Januari nanti. - azm_

Ting...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan